Sunday 25 February 2018

Thursday 4 September 2014

Resepi Bebola Ikan Sedap


Bahan-bahan yang diperlukan dalam membuat bebola ikan
  • 300gm ikan tenggiri atau "yellow fish tail" (paling sesuai) isi nya putih mesti yang segar
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Garam secukup rasa.
  • 1/2 sudu kecil lada sulah 
  • Air sejuk (anggaran 1/2 cawan -3/4 cawan) dalam peti - adunan nanti mcm nak buat cucur pisang.     

Kikis isi ikan mggunakan sudu seramik, hanya ambil isinya sahaja

 Kemudian kisar isi ikan hingga hancur

Masukkan tepung jagung dan garam serta lada sulah

Dah sebati masukkan air



Kemudian keluarkan adunan dan masukkan dalam besen kecil, ambil sikit-sikit dan baling adunan dalam bekas, buat banyak kali sehingga anda rasa adunan ni kenyal dan berkilat serta licin

Ambil sikit adunan gunakan ibu jari dan jari telunjuk (tengok gambar), keluarkan bebola ikan antara dua jari

  Ambil bebola ikan guna sudu dan masukkan dalam bekas yang diisi air sejuk dengan 1 sudu garam (rendam seketika selama 15 minit) 

  Kemudian rebus dalam air mendidih sehingga masak. Bebola ikan akan terapung bila sudah masak

Selamat mencuba!!!


p/s: kredit to orang yang post resepi ini kat fb. Nak tulis nama tuan yg post pun dah tak boleh sebab dah lame deactivate fb. maaf ye. =)


Thursday 12 June 2014

~Jika Terpaksa Membenci~

Jika terpaksa membenci
jangan ketara
sembunyikan bersama sabarmu
biarkan dia berkata-kata
relakan dia lakukan segala
pendam rasamu
rendam katamu

Jika terpaksa membenci 
benci seadanya
jangan dirinya
tetapi kelakuannya
jangan keterlaluan 
jangan berlebihan
diam..dan cuba maniskan wajah

Jika terpaksa membenci 
jangan sampai dapat dibaca
sembunyikan segala di sudut hatimu
namun, ingat jangan beri hatimu kepadanya!

Jika terpaksa membenci
(Alangkah baiknya jika kalimah itu tiada?)


(Sumber: Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Dimana DIA Dihatiku)

Wednesday 11 June 2014

~Redha~

Assalamualaikum w.b.t,


Dalam tengah-tengah sibuk menulis proposal hati ini terasa sangat ingin meluahkan sesuatu. Setiap pengalaman mendewasakan kita. Mengimbau kenangan kadang-kadang mengundang air mata penyesalandan dan kadang-kadang mengundang senyuman kerana hati itu mengerti betapa Yang Maha Pengasih lagi Penyayang itu menyayangi diri ini. Takdir itu kadangkala sangat menyakitkan hati yang sudah di penuhi cinta kepada dunia. 

Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 216:   

وَعَسَى أنْ تَكْر هُوا شَيْئًا وَهُم خَيْرٌ لَكُمْ عَسَى أنْ تُحِبَّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرَّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.


Menyingkap kembali kisah yang dah lebih kurang 8 tahun berlalu, hati ini tersenyum sendiri. Menanti keputusan kemasukan ke universiti adalah satu kewajipan bagi pelajar lepasan SPM seperti aku. Semua aku mohon, matrik, uni, poli. Masa dapat berita tidak berjaya untuk matrik, aku tak buat apa-apa rayuan sebab ak tak berkeinginan untuk masuk matrik. Kemudian keputusan universiti, ini yang sngat-sangat aku tunggu. UPM adalah impian yang tertanam sejak masuk teknik pertanian. Impian aku nak masuk asasi pertanian dan lepas tu sambung Bacelor Pertanian. Kalau tak dapat pun Diploma Pertanian adalah target kedua. Hari yang ditunggu tiba dengan harapan menggunung aku semak keputusan kemasukan ke universiti. Harapan yang menggunung itu hancur dengan hanya perkataan 'Dukacita Dimaklumkan'. Aku menangis kerana itu, tapi masih pujuk hati 'tak apa ada peluang lagi, boleh buat rayuan'. Aku buat permohonan rayuan, aku berusaha solat hajat untuk permohonan aku berjaya. Selepas keputusan universiti, aku dapat berita baik bagi semua mama tapi bukan bagi aku. Aku berjaya masuk politeknik kota bharu untuk pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian). Masa itu, aku tak rasa teruja pun sebab aku masih menunggu rayuan universiti. Disebabkan dah dapat tempat kat poli terpaksa aku terima dulu. Dalam hati, hanya Allah yang tahu betapa hati ini kecewa yang amat sangat. Mama suruh masuk poli tapi hati ini nak tunggu UPM jugak. Sebab tak ada pilihan aku tututkan kemahuan mama. Yang paling tak boleh dilupakan sepanjang perjalanan aku menangis sebab tak rela. Sepanjang minggu orientasi aku tak senang duduk sebab aku masih tunggu keputusan rayuan universiti, keputusan keluar masa minggu orientasi. Hati memamng tak senang sebab susah nak semak keputusan, tak tahu kat mana cc nk pegi check dengan jadual orientasi yang agak padat. Sepanjang minggu tu aku tak ada pun cuba kenal-kenal dengan budak kelas aku. Sampaikan kawan baik aku yang SEKARANG ni menyampah sangat dengan aku DULU. Kalau bercerita masa mula-mula masuk poli dorang akan  ungkit kisah aku yang sombong masa minggu orientasi. Aku tak lah sombong tapi masa tu hati masih tak redha dengan takdir yang Allah dah tetapkan. Bila keputusan rayuan keluar, aku terpaksa merelakan takdir yang berada dihadapan aku. Untuk pengetahuan, aku adalah antara top student dalam kelas aku (bukan berlagak cuma nak cerita..hahaha..)


Selepas habis diploma, aku mohon untuk sambung degree tapi kali ini aku macam tak teruja nak masuk universiti sambung degree. Akhirnya, aku berjaya menempatkan diri di UPM dalam Bacelor Kejuruteraan Pertanian & Biosistem. Dan sekarang, selepas beberapa bulan menamatkan pengajian peringkat degree aku mengorak langkah menyambung master dalam bidang Agricultural Mechanization and Automation. Lihatlah betapa cantiknya Allah susun takdir hidup yang dulu aku rasa buruk untuk aku. Semua kelulusan aku ada perkataan 'Pertanian' yang dulu menjadi impian aku, cuma ada tambahan kejuruteraan. Betapa Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk aku. Betullah kata ustaz-ustaz, hari ini kita doa bukan hari ini juga Allah akan makbulkan, Allah lebih mengetahui bila Dia akan makbulkan. 


Allah juga ada berfirman dalam surah  Al-Fajr ayat 27-30
" Wahai jiwa yang tenang dan tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai. Iaitu masuklah ke dalam golongan hambaku ( yang soleh ). Dan masuklah ke dalam syurgaku".


Kini, sekali lagi aku di uji dengan harapan yang Allah lebih tahu ia samada ia baik atau buruk untukku. Ketenangan itu bukan sesuatu yang murah, ada harga yang perlu di bayar untuk itu. Harganya adalah redha. Redha itu pula bukan mudah untuk dicapai melainkan dengan muhasabah dan mujahadah yang tinggi. Aku tidak pernah kehilangan apa-apa kerana aku tidak pernah memiliki apa-apa, semuanya milik Allah. 

Ya Allah tetapkan hati hambamu ini untuk sentiasa mencariMu di saat paling gembira dan di saat paling duka. Sungguh Allah lebih mengetahui segala sesuatu, aku serahkan segala urusanku kepada Mu ya Allah. Jangan sesekali Kau serahkan urusanku kepada ku walau sekejap kerana aku hanya hambaMU yang Kau pilih untuk menjadi KHALIFAH di muka bumi Mu. Untuk menjadi Khalifah Mu masih banyak yang belum aku lakukan, lindungi, ampuni dan terimalah taubatku ya ALLah atas dosa-dosa semalam ku dan dosaku hari ini serta lindungi aku dari dosa yang akan datang.


Firman Allah dal surah Al-Insyirah ayat 5 &6:

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.



p/s: Am I writing this post actually. Atikah!!!! I couldn't believe it. Is it really me? hahahaha...crisis orang terjumpa character zaman-zaman jahiliah....hahahaha...to those yang baca, I hope it will be beneficial to you in any ways. Arghhh...seriously I couldn't believe I write this thing.Ah malunya..:p...Just to update I am now furthering my PhD. So basically, I had completed my master degree. Maybe, I could write another story about my journey. An updated one. hahahaha.   

Monday 28 January 2013

*Warkah buat bakal suami*


Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan…

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,

Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah…

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah..

Perkahwinan, mengajarkan makna kewajipan bersama,

Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,

Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas-puasnya, Saat Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,

Seandainya Isteri tulang rusuk yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya…

Perkahwinan, menyadarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA,
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA,

Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah..

Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah,

Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh

*Wanita Pilihan*

Bismilahir-Rahmanir-Rahiim..
1. Wanita pilihan bukanlah dilihat dari
kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat
dari kecantikan hati yang ada di baliknya.

2. Wanita pilihan bukan dilihat dari
bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi
dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk
tubuhnya.

3. Wanita pilihan bukan dilihat dari
begitu banyaknya kebaikan yang ia
berikan, tetapi dari keikhlasan ia
memberikan kebaikan itu.

4. Wanita pilihan bukan dilihat dari
seberapa indah lantunan suaranya, tetapi
dilihat dari apa yang sering mulutnya
bicarakan.

5. Wanita pilihan bukan dilihat dari
keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari
bagaimana caranya ia berbicara.

6.Wanita pilihan bukan dilihat dari
keberaniannya dalam berpakaian, tetapi
dilihat dari sejauh mana ia berani
mempertahankan kehormatannya.

7. Wanita pilihan bukan dilihat dari
kekhawatirannya digoda orang dijalan,
tetapi dilihat dari kekhawatiran dirinyalah
yang mengundang orang jadi tergoda.

8. Wanita pilihan bukanlah dilihat dari
seberapa banyak dan besarnya ujian yang
ia jalani, tetapi dilihat dari sejauh mana ia
menghadapi ujian itu dengan penuh rasa
syukur.

9. Wanita pilihan bukan dilihat dari sifat
ramahnya dalam bergaul, tetapi dilihat dari
sejauh mana ia bisa menjaga kehormatan
dirinya dalam bergaul.

10. Ciri Wanita pilihan muslimah cantik
bukan dari fizik, tapi dinilai dari hati, akhlak
dan perbuatannya.

Barakallahufikum ....

Thursday 26 January 2012

Change

now is the time to start move on..

look forward..

leave the pain..

no matter how much i drop before and maybe in the future, i will ensure that i wake up more than i drop..
live is not about sad..

once we fail doesn't meant we will be always fail..
Allah is testing how much i will patient on all the thing that make make me drop down.



Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui .                                                                                                              (QS. Al Baqarah: 216)